Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Dedah Bayi Didakwa Didera Pengasuh Alami Trauma – “Dia Tak Boleh Dengar Suara Kuat..”

Ibu kepada seorang bayi yang didakwa menjadi mangsa penderaan di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Desa Petaling memaklumkan anaknya kini mengalami trauma serius akibat kejadian berkenaan.

Menurut laporan Buletin TV3,  ibu mangsa yang berusia 29 tahun itu berkata, bayinya menunjukkan perubahan ketara dari segi emosi dan tingkah laku, khususnya apabila terkejut atau mendengar suara yang kuat.

bayi

“Sekarang dia trauma. Bila orang bercakap kuat sikit, dia akan terkejut dan terus menangis. Dia memang tak boleh dengar suara kuat,” katanya.

Beliau berkata, tanda-tanda awal mula disedari pada 15 Disember lalu apabila bayinya kelihatan tidak bermaya dan tidak memberi respons seperti kebiasaan ketika diambil dari TASKA berkenaan.

“Biasanya bila saya ambil, dia senyum dan bagi reaksi. Tapi hari itu dia nampak lemau dan langsung tak respon. Balik rumah, saya bagi mainan pun dia tak nak main,” ujarnya.

Artikel lain: Tular Video Bayi Dikasari Di Taska, Polis Tahan Seorang Wanita Usai Terima 3 Laporan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebimbangan bertambah apabila suaminya menyedari terdapat kesan lebam pada badan bayi itu ketika memandikannya.

Menurut wanita berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka anaknya menjadi mangsa penderaan memandangkan anaknya itu telah hampir empat bulan dihantar ke TASKA terbabit tanpa sebarang masalah sebelum ini.

Sehubungan itu, ibu mangsa menuntut tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab termasuk pengasuh dan pengurusan TASKA berkenaan.

bayi

Foto: Threads

“Saya memang akan saman TASKA itu. Saya nak keadilan untuk anak saya. Dia sampai trauma macam ni. Kalau boleh tutup TASKA itu, tutuplah. Saya tak nak bayi lain jadi mangsa,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan seorang pengasuh wanita tempatan berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek ditahan pada 16 Disember lalu selepas polis menerima laporan berhubung kes penderaan melibatkan beberapa bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di TASKA berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Asyiha Ariffin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd