Suami meninggal selepas 7 tahun PJJ

Screenshot

“Hadiah Ramadan yang paling berharga. Fasa hubungan jarak jauh kita, selepas hampir 7 tahun, akhirnya telah berakhir. Kebahagiaan yang dulu terbatas oleh jarak kini bertukar menjadi kebahagiaan tanpa batas.
“Terima kasih, sayangku, kerana tidak pernah berputus asa dengan kita, kerana berjuang begitu kuat supaya kita akhirnya dapat bersama. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, dan jarak itu tidak selalu baik dengan kita, tetapi Allah mengetahui isi hati kita.
“Allah masih menyayangi kita. Dan hari ini, kita dapat menjalani kehidupan yang telah lama kita nantikan. Alhamdulillah,” ciapannya.

“Kepada yang tak faham saya tolong jelaskan. Video di atas pada Februari 2026. Arwah surprise kat wife yang dia dapat pertukaran ke tempat yang dekat dengan rumah wife setelah pjj 7 tahun.
“Arwah di transfer ke Parit Sulong Batu Pahat pada 12 mac 2026. Hari ini 31 mac 2026 arwah meninggal dunia akibat kemalangan ketika nak pergi kerja pagi tadi. Al-Fatihah moga Muhammad Ainolalif @ coet ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga isteri dan anaknya diberi ketabahan dan kekuatan,” tulis netizen.
Artikel lain: Isteri Maut Kemalangan, Suami Rayu Pulangkan iPhone Arwah! “Simpan 1,001 Kenangan”






































