Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bantuan Khas Kewangan RM500 Untuk Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara

Berita baik buat penjawat awam! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga bersetuju memberikan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Difahamkan, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata BKK Aidilfitri tersebut akan dibayar mulai minggu depan.

Bantuan Khas Kewangan

Bantuan Khas Kewangan

“Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.
“Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.

Artikel lain: Status Kemajuan Hampir Capai 50 Peratus, KKR Jangka Projek RKAT Siap Ikut Jadual

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bantuan Khas Kewangan

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd