Perangai buruk sesetengah penyokong bolasepak yang hadir di stadium sememangnya sukar dibendung lebih-lebih lagi jika memang sengapa melakukan hal sebegitu.
Air sos baling dengan gelas2 sekali?
Menerusi video yang tular di media sosial terutamanya di Twitter, seorang lelaki dilihat menuang air di dalam gelas plastik dan kemudiannya membaling ke arah penonton di bahagian hadapan stadium sewaktu mereka melakukan sorakan buat pasukan Malaysia ketika saingan AFF Mitsubishi 2022 yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Lebih kebudak-budakkan apabila dia memuat naik video terbabit ke akaun TikTok dan sudah pasti menjadi tatapan umum.
— bluerghhh (@CrossedKom) January 9, 2023
Buat konten pun tak bijak
Perkongsian tersebut nyata membuatkan banyak pihak geram kerana ia bukan sahaja membuat sampah tetapi turut melakukan penganiayaan kepada orang lain.
Menjengah ke ruanggan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan pemuda tersebut walaupun ia sekadar konten ataupun ‘culture’ yang sememangnya sudah menjadi kebiasaaan untuk mereka.
Sebab tu dari tadika kena belajar sahsiah
Vibe tak vibe, kerja buat sampah saja!
Dah buang2 tu kutip balik ke tidak?
Patut lempar ke muka dia
Perangai entah apa2
Orang jela kena faham mereka
Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, pengguna Twitter menggunakan nama akaun bluerghhh itu telah memuat naik tangkapan layar mesej yang diterima daripada salah seorang individu yang berada dalam kelompok Ultras Malaya sewaktu di stadium.
Menurutnya, itu merupakan kebiasaan buat mereka dan satu ‘vibe’ yang dirasai ketika sedang melakukan sorakan kepada para pemain di atas padang.
Seeloknya, kita semua menjaga kelakuan sewaktu berada di stadium kerana ia boleh menjejaskan imej pasukan negara yang ketika itu bertanding melawan pasukan negara luar.
Selain daripada isu sampah, pancaran sinaran laser yang berlaku tempoh hari sewaktu pasukan negara menentang pasukan Thailand turut menjadi salah satu perkara yang harus diambil serius.
Perkara tersebut telah menjadi kritikan media luar dan mengingatkan kita kepada kejadian sama sewaktu saingan Piala AFF Suzuki 2010 dan 2014.
Sumber: Twitter @CrossedKom