Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baju Pengantin Ditemui Dalam SUV, Pasangan Jatuh Gaung Tak Sempat Naik Pelamin 25 Disember

Baju Pengantin Ditemui Dalam SUV,

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu.

Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, mangsa, Hassan Shazali, 52, seorang guru, dan pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Ibu kepada Allahyarham, Mek Som Ishak, 82, berkata keluarganya sudah menetapkan 20 Disember ini sebagai tarikh ke Kampung Lebir, Gua Musang, bagi melamar Suzaimah sebelum majlis akad nikah yang dijadual berlangsung lima hari kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baju Pengantin Ditemui Dalam SUV

Artikel lain: Ibu Buta Merangkak 150 Meter Keluar Cari Bantuan, Hampir Seminggu Bersama Jasad Anak

Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya tidak sempat mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas berpisah dengan isteri pertama kira-kira tiga bulan lalu.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah pada Sabtu lalu sebelum dia bertolak ke Kampung Lebir selepas pulang bercuti di rumah.
“Sepanjang berada di rumah, arwah ada menceritakan hasratnya untuk berkahwin dengan Suzaimah pada cuti Hari Krismas.
“Arwah Hassan meminta saya datang awal ke Kampung Lebir kerana mahu melamar wanita pilihannya itu dahulu sebelum majlis akad nikah,” katanya hari ini.

Mek Som berkata, arwah bersama bakal isterinya difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kampung Lebir selepas membeli persiapan perkahwinan termasuk baju pengantin yang turut ditemui di dalam SUV berkenaan.

Jenazah Allahyarham Hassan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Menanti, Selising, hari ini.

Sumber: Kosmo! Online (Rohana Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd