Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baiki Semula Sahsiah & Adab, Murid ‘Vandalisme’ Bakal Sertai Khidmat Komuniti

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang mendedahkan murid yang bertindak merosakkan harta benda sekolah pada hari akhir sesi persekolahan kelmarin akan dikenakan tindakan dengan menyertai khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab.

Menurut laporan Harian Metro, pihak JPN memandang serius kes tersebut dan keputusan itu dibuat untuk memastikan kejadian vandalisme itu tidak akan berulang lagi.

Difahamkan, tindakan tersebut diambil selepas pihak sekolah memanggil kesemua murid yang terlibat serta waris mereka untuk membincangkan perkara itu.

“Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tularnya sebuah video yang berdurasi 28 dan 58 saat yang memamparkan sekumpulan murid lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video itu, sekumpulan murid lelaki yang dipercayai dari sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas.

Sehingga kini, nilai kerosakkan yang telah dilakukan oleh sekumpulan murid yang terbabit masih dalam siasatan polis.

Sumber: Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd