Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Projek Lembu: Azman Nasrudin Mengaku Tak Bersalah Subahat Terima Rasuah RM400,000

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tak bersalah atas pertuduhan bersubahat menerima rasuah RM400,000 berkaitan penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, lima tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pengakuan tersebut dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, iaitu apabila Amar Assuat didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai RM400,000 daripada Mohd Hassanaim Fauzi.

Azman Nasrudin mengaku tak bersalah

Azman Nasrudin mengaku tak bersalah

Suapan itu didakwa sebagai bayaran bagi membantu Mohd Hassanaim mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan berkenaan didakwa berlaku melalui persubahatan Ahli Parlimen itu, yang dipercayai mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB supaya mengeluarkan surat tawaran kepada Mohd Hassanaim bagi projek ternakan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Ahli Parlimen Bersatu berkenaan pada 23 Jun 2020, kira-kira jam 5 petang di tepi Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 28(1)(c) dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Artikel lain: SPRM Tahan Ahli Parlimen, Bantu Siasatan Projek Fidlot Kerajaan Negeri Kedah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azman Nasrudin mengaku tak bersalah

Foto: Harian Metro

Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin Ahmad mencadangkan ikat jamin RM100,000 serta syarat tambahan supaya pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam N. Surendran yang mewakili Azman membantah cadangan itu, dengan berhujah bahawa jumlah tersebut terlalu tinggi dan memohon jaminan lebih rendah untuk anak guamnya.

Mahkamah akhirnya membenarkan tertuduh diikat jamin RM75,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan mewajibkannya melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Januari depan.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd