Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Astro Peroleh Pinjaman RM400 Juta Daripada Sumitomo Mitsui, Biayai Kos MBNS

Baru-baru ini, ASTRO Malaysia Holdings Bhd mendedahkan anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) telah menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM400 juta daripada Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Bhd (SMBC).

Difahamkan, kemudahan pinjaman tersebut adalah secara tidak bercagar.

“Pengeluaran pertama pinjaman hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh perjanjian kemudahan dan tersedia untuk lebih banyak pengeluaran selepas itu.
“Kemudahan itu akan dibayar balik sepenuhnya pada atau sebelum tamat tempoh empat tahun daripada tarikh pengeluaran pertama, dengan pilihan satu tahun untuk dilanjutkan.
Ini adalah kemudahan pelunasan prinsipal dengan ansuran pertama perlu dibayar oleh MBNS 24 bulan daripada tarikh pengeluaran pertama,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Astro Malaysia memaklumkan tujuan pinjaman itu adalah untuk membiayai beberapa kos MBNS yang berkaitan dengan pengeluaran, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran, serta pembelian peranti set-top box, termasuk penyelesaian pembiayaan vendor.

“Selain itu, pinjaman tersebut juga adalah untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan modalnya, termasuk pemerolehan aset untuk penyiaran dan transmisi, serta pemerolehan perisian dan platform. Ia juga bagi tujuan membiayai semula kemudahan pinjaman berjangka sedia ada sebanyak RM380 juta daripada SMBC, yang diperoleh pada 9 Ogos, 2018,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd