Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anwar Jadi Pemimpin Asing Pertama Beri Khutbah Jumaat Di Masjid New York

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), di sini, pada Jumaat ini.

Perdana Menteri merupakan pemimpin asing pertama diberi penghormatan sedemikian oleh masjid pertama di bandar itu yang dibuka pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agensi berita Bernama melaporkan, Anwar dijangka tiba di New York pada Rabu akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78 yang bermula hari ini hingga 26 September ini di sini.

Pada penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu, Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perdana Menteri juga akan berkongsikan mengenai kerangka Malaysia Madani… amat penting untuk kita memberitahu kepada dunia mengenainya,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kepada wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ahmad Faisal Muhamad.

Menurut Zambry, Perdana Menteri yang dijadual tiba di sini pada Rabu akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum pada Jumaat.

Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan.

Perbahasan Umum yang bermula hari ini hingga 26 September akan menyaksikan pemimpin negara dan kerajaan dari 157 negara serta 35 menteri menyampaikan Kenyataan Negara mereka di ibu pejabat PBB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah “Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all.”

Zambry berkata, kehadiran Perdana Menteri di UNGA dijangka mendapat liputan penting kerana ramai pemimpin negara lain yang ditemui sebelum ini menyatakan bahawa mereka menantikan ucapan Anwar kerana pengalaman dan kepimpinannya.

“Perdana Menteri juga akan bercakap mengenai konflik global termasuk krisis Ukraine serta isu Palestin dan Myanmar yang berlarutan,” katanya.

Anwar juga akan menjadi hos majlis makan malam untuk 1,000 diaspora Malaysia pada Jumaat, kata Zambry, dan menambah terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di negara ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd