Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anthony Loke Terjah Kapal Terbang, Beri Kejutan Buat Penumpang Batik Air OD 7006

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kembali memberi kejutan buat pengguna pengangkutan awam bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 dan 23 Januari ini.

Tetapi, lain pula pada kali ini apabila beliau memberi kejutan kepada penumpang penerbangan Batik Air OD 7006 dengan membaut pengumuman pra-berlepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tuan-tuan dan puan-[uan, ini menteri pengangkutan kamu yang bercakap. Ini adalah penerbangan OD 7006 menuju ke Kota Kinabalu.
“Sementara kami bersedia untuk berlepas, sila pastikan tali pinggang keledar anda diikat, tarik tempat duduk anda tegak. Sila ingat untuk mematikan semua peranti elektronik anda.

“Sila duduk, berehat dan selamat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Selamat Tahun Baharu Cina,”ujarnya menerusi video dikongsikan.

Terbaik! Selamat Tahun Baharu jugak Anthony Loke!

Rata-rata warganet turut meninggalkan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada Anthony Loke dalam ruangan komen berkenaan selain berterima kasih kerana sudi meluangkan masa membuat tinjauan.

 

 

Sementara itu, Anthony ketika ditemu media memberitahu dia mahu syarikat penerbangan menumpukan aspek operasi bagi mengelak berlakunya kelewatan penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu terbabit.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook, Twitter @SuretSingh, Astro Awani

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd