Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Usia Setahun Lapan Bulan Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Seorang anak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas dilanggar tanpa sengaja oleh bapa di kawasan rumah di Kampung Wakaf Kubor, Besut pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul  Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan kematian kanak-kanak itu semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gong Medang, lapor Harian Metro.

Anak maut dilanggar bapa secara tak sengaja

Anak Usia Setahun Lapan Bulan Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Foto: The Star

Menurut Abdul Rozak, kanak-kanak lelaki itu disahkan telah meninggal dunia pada 10.30 pagi selepas tiba di klinik kesihatan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika bapa kepada kanak-kanak itu mengalihkan kenderaan jenis pacuan empat roda selepas selesai membasuh kereta berkenaan di halaman rumah.

Artikel lain: Kes Dicedera Pengawal Peribadi Orang Kenamaan, Pengadu Tarik Balik Laporan

“Bapa mangsa tidak menyedari kanak-kanak itu sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah dan bergerak menuju ke arah kenderaan dipandu lelaki itu dan menyebabkan pemandu itu terlanggar anaknya.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi. Bapa kanak-kanak itu kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Gong Medang dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia,” katanya.

Foto: Bernama

Sementara itu, Abdul Rozak berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan proses bedah siasat masih dijalankan untuk mengenalpasti kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Rozak juga mengingatkan kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati serta peka semasa memandu di kawasan kediaman  terutama yang mempunyai anak kecil serta mengawasi anak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Harian Metro (Nurul Fatihah Sulaini)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Sukan

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi...

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd