Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Malaysia Catat Sejarah, Lulus PhD Cambridge ‘Without Correction’ – “Saya Ke Sana Bawa Nama..”

“Lah Hanis Hidayu ni boleh je sebenarnya, kenapa selalu rasa tak mampu sebelum ni?”

Itulah luahan jujur Dr Hanis Hidayu melalui perkongsian di Facebook miliknya sendiri, @Hanis Hidayu.

PhD passed without correction

Dalam coretannya, beliau berkongsi pengalaman perjalanan akademik yang penuh jatuh bangun sehingga berjaya menamatkan pengajian PhD di University of Cambridge dengan keputusan membanggakan, passed without correction.

Perjalanan beliau bermula apabila diperkenalkan dengan Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar, sebelum dilantik sebagai trainee lecturer di Unit Fisiologi, FPSK USIM.

phd

FB @Hanis Hidayu

Dari situlah titik mula penyelidikan yang membawa Dr Hanis menyambung master di bawah seliaan Prof Rafidah dan PM Dr Maiza Masri  di mana keyakinan yang dulu rapuh diganti dengan semangat baharu hasil sokongan para guru, mentor, rakan sekerja, dan keluarga.

Bagi Dr Hanis, sistem sokongan inilah yang melahirkan keyakinan dalam dirinya dan sejak 2016, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) menjadi rumah kedua buat Dr Hanis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Iman Mohamad Afif Dinobat Pelajar Terbaik Sarjana Kejuruteraan University of Manchester

Dalam perkongsiannya, beliau turut mendedahkan bagaimana USIM menjaga kebajikannya sepanjang tempoh pengajian.

Ketika menuntut di UK, USIM tetap berdiri teguh menyediakan keluarga, menanggung semula yuran IELTS, hingga membantu dari segi pakaian musim sejuk walaupun tanpa biasiswa KPT.

phd

FB @Hanis Hidayu

“Berapa kali nangis depan pegawai USIM, tapi syukur Allah temukan saya dengan orang-orang baik yang betul-betul nak tolong,” tulisnya.

Hari ini, segala usaha itu terbalas manis apabila Dr Hanis menamatkan pengajian PhD dengan pencapaian luar biasa, passed without correction.

Dalam perkongsian tersebut juga, beliau menzahirkan penghargaan kepada para guru, pensyarah, dekan serta sokongan penuh daripada Naib Canselor USIM yang sentiasa memberi semangat untuk terus melangkah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ke sana bawa nama USIM, dan bila saya pulang, saya bawa ilmu baharu untuk terus menyumbang kepada USIM dan ummah, insya-Allah.” ujarnya.

phd

Dr Hanis menutup perkongsian itu dengan penuh rendah hati, memohon doa agar Allah terus membuka jalan untuknya berbakti.

Kisah beliau membuktikan bahawa walau pernah rasa tak mampu, dengan doa, usaha, dan orang baik di sekeliling, pintu kejayaan pasti terbuka

Sumber: Facebook @Hanis Hidayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd