Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dikaitkan Video Lucah Tular? Ammar Nazhan Nafi Terlibat, Tegaskan Berlaku Di Luar Pengetahuan.

Ammar Nazhan Nafi Terlibat

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan dengan isu video ‘leak’ yang sedang tular.

Menurut Ammar, beliau sama sekali tidak terlibat dengan perkara tersebut dan menegaskan kejadian yang berlaku adalah di luar pengetahuan serta kawalannya.

“Am nak clarify sikit sebab ada thread dan perbualan yang kaitkan nama Am atau Team Ammar Nazhan dengan isu video leak yang tengah viral.
“Untuk pengetahuan semua, Am sebenarnya tak terlibat dengan perkara tersebut, dan apa yang berlaku itu di luar pengetahuan serta kawalan Am,” jelasnya.

Ammar Nazhan Nafi Terlibat

Ammar turut mengakui wujud kekeliruan dalam kalangan netizen, namun berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengaitkan namanya tanpa maklumat yang sah.

“Am faham mungkin ada salah faham, tapi Am harap semua boleh elakkan sebut atau kaitkan nama Am tanpa fakta yang jelas,” katanya.

Mengulas mengenai isu pejabat yang didakwa menyerupai rumah, Ammar menjelaskan bahawa lokasi tersebut merupakan studio rasmi untuk penggambaran kandungan dan bukannya kediaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang design pejabat nampak macam rumah, tapi itu studio rasmi untuk content shoot.
“Rumah perempuan dan lelaki berasingan. Am dah sediakan semuanya,” katanya lagi.

Artikel lain: Tular Anak Kurung Bapa Uzur Dalam Bilik Penuh Sampah, Disyaki Masalah Kesihatan Mental

“Tolong elakkan fitnah berterusan. Tambahan pula Am nak kahwin tahun ini. Banyak dugaan yang Am lalui pada 2026,” luahnya.

Penjelasan tersebut dibuat bagi menjernihkan keadaan serta mengelakkan salah faham berpanjangan dalam kalangan masyarakat dan pengikutnya di media sosial.

Sumber: Threads Ammar Nazhan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd