Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Alat Sulit Vokalis Diramas Peminat, Tahan Sakit Sampai Terduduk

Bekas vokalis band Yovie & Nuno, Pradikta Wicaksono atau biasa disapa Dikta sememangnya kerap menjadi sorotan ramai memandangkan penampilannya yang kacak dan persis ‘Oppa Korea’.

Dikerumuni ramai peminat

Dia yang kini bergerak secara solo masih giat aktif dalam seni suara dan kerap membuat persembahan untuk peminatnya.

Namun, menerusi video yang tular di media sosial tempatan, Dikta dilihat sedang menahan kesakitan apabila alat sulitnya diramas peminat sewaktu dikeremuni ketika membuat persembahan di Anjungan Sarinah, Jakarta Barat.

@luv.cal

♬ Dia Milikku – Yovie & Nuno

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak belajar kungfu terus

Memetik laporan dari media tempatan, Suara.com, Dikta dilihat tetap tersenyum walaupun sempat berhenti seketika ketika berjalan sehingga terduduk kerana menahan sakit.

Menerusi Instagramnya, Dikta telah berkongsi video teknik kungfu bagi mempertahankan diri terutamanya di untuk alat sulitnya agar tidak lagi diserang secara seksual seperti kejadian tempoh hari.

Untuk rekod, nama Dikta mulai menjadi perhatian apabila penampilannya yang cukup kacak walaupun mencecah usia 37 tahun. Dia yang memulakan karier nyanyiannya bersama band Yovie & Nuno telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada 2022.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Pradikta Wicaksono (@dikta)

Dia yang terkenal sebagai vokalis turut berkecimpung dalam dunia lakonan dan digilai ramai wanita. Mana tidaknya, penampilan ‘macho’ dan aktif bersukan menjadi nilai tambah untuk vokalis tersebut terus diminati.

Sumber: TikTok luv.cal, suara.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd