Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Kau Lebih Bermanfaat Daripada Pemerintah” – Aisar Khaled Dipuji Penduduk Aceh Terjejas Banjir

“Kau lagi bermanfaat daripada pemerintah”

Itulah reaksi warganet terhadap personaliti media sosial terkenal, Aisar Khaled yang kembali mencuri perhatian selepas tampil membantu penduduk Aceh yang terjejas akibat banjir besar di Sumatera.

Aisar Khaled dipuji ramai

Aisar Khaled

Dalam dunia yang sering menyanjung jawatan dan kuasa, kehadiran Aisar bagaikan sinar di tengah kegelapan, menunjukkan bahawa kepedulian dan tindakan ikhlas dari hati mampu memberi perubahan lebih nyata daripada birokrasi pemerintah.

Sebelum ini, Aisar pernah diusir penduduk ketika menyalurkan bantuan, namun keikhlasannya kali ini dianggap lebih bermanfaat berbanding tindakan pihak berkuasa tempatan.

Aisar Khaled

Artikel lain: ‘Adab Lebih Tinggi Daripada Ilmu’ – Aisar Khaled Kecewa Dihalau Ketika Beri Bantuan Banjir Di Bali

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tragedi yang melanda wilayah itu menyebabkan penduduk terpaksa mengharungi hari-hari dalam kegelapan dan kelaparan, tanpa bekalan elektrik selama hampir sebulan. Melalui satu hantaran di media sosial, Aisar berkongsi kepiluan tersebut,

“Sebulan hidup tanpa elektrik, Aceh Tamiang berduka,” tulisnya di kapsyen.

Aisar Khaled

Menerusi video yang dikongsikan di TikToknya, dia dilihat menyalurkan bantuan penting kepada rakyat Aceh Tamiang dan Aceh Timur.

Aisar turut memasang peranti Starlink bagi menyediakan rangkaian internet sementara, membolehkan penduduk berhubung semula dengan keluarga yang jauh.

Aisar Khaled

Video itu menunjukkan kegembiraan penduduk apabila lampu menyala semula, dan beberapa orang dapat membuat panggilan video kepada keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keprihatinan tulus Aisar mendapat pujian meluas daripada warganet, yang kagum melihat kesungguhannya menghulurkan bantuan tanpa mengharap jawatan atau peruntukan rasmi.

Orang Malaysia je yang peduli dekat Aceh?

Aisar Khaled

Lebih berguna bagi sarlink daripada datang hanya bergambar

Aisar Khaled

Pernah sakit hati sebab Indonesia, tapi masih nak tolong

Aisar Khaled

Sumber: TikTok @aisarkhaledd

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd