Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ahmad Dhani Dedah Al Ghazali Nikah Tahun Depan, Pilih Tarikh 25.05.25?

Penyanyi tersohor Indonesia, Dhani Ahmad Prasetyo atau lebih mesra dikenali dengan nama Ahmad Dhani mendedahkan bakal menerima menantu perempuan pada tahun depan.

Penyanyi atau komposer lagu Dewa 19, 52, tersebut tanpa ragu membongkarkan berita perkahwinan anak sulungnya, iaitu Al Ghazali, 27, melalui satu tayangan di YouTube Official iNews, ketika ditemu ramah baru-baru ini.

Foto: Kosmo Digital

Menurut penyanyi lagu Pupus tersebut, anak sulung dan bakal menantunya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh yang amat cantik, iaitu 25 Mei 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkahwinan itu berkemungkinan bakal berlangsung di luar negara, iaitu di Timor-Leste.

“Belum tahu, di luar negeri ya? Timor-Leste mungkin?” jawab Ahmad Dhani.

Foto: Tabloid Nyata

Suami kepada Mulan Jameela itu juga turut mengungkapkan bahawa anak kedua dan bongsunya, Ahmad El Jallaludin Rumi dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani juga bakal berkahwin pada tahun depan, cuma berbeza bulan sahaja.

Foto: Fimela

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketiga-tiganya tahun depan, hanya beda bulan saja,” ucap Ahmad Dhani dalam video tersebut.

Al Ghazali sudah melamar kekasihnya, Alyssa Daguise, di Danau Como, Itali, pada 21 September lalu.

Al Ghazali dan Alyssa sudah lama menjalin hubungan kekasih selama lapan tahun lebih dan sempat diwarnai dengan drama putus cinta mereka berdua selama dua kali.

Difahamkan Alyssa, 26, keturunan Perancis, merupakan seorang model dan pelakon  yang banyak bekerjasama dengan jenama terkenal dunia seperti Christian Louboutin, Dior, Prada, Celine dan Louis Vuitton.

Sumber: Youtube Official iNews, Fimela, Liputan 6

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd