Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rajin Bekerja! Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar, Antara Perdana Menteri Terbaik Malaysia

Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sejak sekian lama.

Pujian itu dinyatakan menerusi satu hantaran di Facebook yang mengulas prestasi ekonomi Malaysia, termasuk lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) serta pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Singapura (SGD).

“Pada pandangan saya, Datuk Seri Anwar benar-benar antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sejak sekian lama,” katanya.

Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

Dalam kenyataan sama, Derrick Sim turut berseloroh agar Perdana Menteri tidak bekerja terlalu keras, merujuk kepada pengukuhan Ringgit sejak kebelakangan ini.

“Baru dua minggu lalu, kadar pertukaran SGD kepada Ringgit sekitar 3.18, sekarang sudah 3.15.
“Kalau Ringgit terlalu kuat, nanti orang Singapura datang Malaysia pesan roti canai kosong sahaja, lepas itu terus balik. Ramai antara kami masih berjimat cermat,” katanya.

Artikel lain: PM Anwar Gesa Presiden Venezuela & Isteri Dibebaskan! Tindakan AS Cabuli Undang-Undang Antarabangsa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, beliau berkata prestasi ekonomi Malaysia ketika ini wajar diberi perhatian lebih luas, meskipun kurang mendapat liputan media arus perdana.

Menurutnya, FDI Malaysia meningkat sebanyak 47 peratus sepanjang tahun ini, melibatkan aliran masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit.

Beliau turut berpandangan dekad ini merupakan peluang penting buat Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya di peringkat serantau, khususnya ketika syarikat multinasional global sedang memindahkan rantaian bekalan mereka keluar dari China.

“Malaysia tidak semahal Singapura, tetapi lebih stabil dan boleh dipercayai dari segi institusi berbanding Vietnam. Ditambah pula dengan ekosistem semikonduktor yang sudah matang, Malaysia menjadi destinasi yang sangat menarik,” katanya.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd