Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AGC Tolak Representasi Ibu Bapa Zayn Rayyan, Pertuduhan Tetap Dibicarakan

Representasi yang dikemukakan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi menarik balik pertuduhan mengabaikan mangsa telah ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan bahawa representasi sudah ditolak yang ditaklimatkan di AGC kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh sewaktu prosiding.

Zayn Rayyan: AGC tolak representasi ibu bapa

Foto: UtusanMalaysia

“Representasi ditolak. Pihak pendakwaan memohon satu tarikh bagi serahan dokumen termasuk laporan forensik serta dua cakera padat (CD) berkaitan kes ini sebelum perbicaraan dimulakan,” kata Raja Zaizul Faridah.

Justeru itu, peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang baru dilantik mewakili Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf akan meneruskan untuk pemeriksaan balas saksi pendakwaan pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, peguam mewakili pasangan itu meminta penangguhan tarikh hari pertama perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 21 hingga 24 Januari ini kerana terdapat kes sambung bicara untuk tertuduh lain di Negeri Sembilan.

Foto: UtusanMalaysia

Oleh itu, mahkamah telah menetapkan 10 Januari ini bagi serahan dokumen berkaitan, manakala tarikh tambahan perbicaraan ditetapkan pada 10 hingga 14 Mac 2025.

Syaliza telah menetapkan hari ini bagi pengurusan kes untuk mengetahui keputusan representasi selepas pembelaan memaklumkan pihaknya akan mengemukakan representasi dalam tempoh terdekat, pada 18 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tarikh kes itu ditetapkan mahkamah selama 15 hari, iaitu bermula 20 hingga 24 Januari 2025, 3 hingga 7 Februari, dan 17 hingga 21 Februari tahun sama.

ISMANIRA (dua dari kiri) dan Zaim Ikhwan Zahari tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. FOTO Aizuddin Saad

Foto: Harian Metro

Seramai 15 saksi pendakwaan akan dipanggil dalam perbicaraan kes berkenaan.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira pula, masing-masing 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember 2023 di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

 Terdahulu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya, pada 6 Disember tahun lalu.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Lokal

Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu bertukar tragedi apabila mengalami kecelakaan jalan raya di kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi, Rompin,...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperhebat kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta demi memperkasa sosioekonomi veteran tentera.  Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha...

Dunia

Dunia kehakiman dan jutaan pengikut di seluruh dunia berdukacita apabila hakim yang dikenali dengan sifat belas kasihannya, Frank Caprio meninggal dunia dengan pada usia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd