Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

ADUN Negeri Sembilan Sebulat Suara Laksana Pelupusan Anjing Liar Di Penempatan Majoriti Melayu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan bersetuju melaksanakan kaedah pelupusan anjing liar di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu  bagi mengatasi isu kacau ganggu dan keselamatan.

ADUN Laksanakan pelupusan anjing liar

ADUN Laksanakan pelupusan anjing liar

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memberitahu, lambakan anjing liar telah menyebabkan mengancam keselamatan penduduk untuk melakukan aktiviti harian.

Isu yang sama juga sering kali dibangkitkan setiap kali berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita hanya tumpukan kepada kawasan majoriti Muslim supaya tidak mengganggu urusan harian mereka yang hendak ke masjid dan ke sekolah.
“Anjing ini tidak diberi makan, akhirnya mengganggu kesejahteraan masyarakat setempat dan inilah yang menjadi kebimbangan kita.
“Pelaksanaan pemandulan anjing liar masih diteruskan, tetapi kita lihat anjing liar di kawasan Melayu semakin tidak terlawal.
“Setiap kali sidang DUN, isu yang sama dibangkitkan seolah-olah kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan. Jadi saya perlukan sokongan majoriti ADUN untuk selesaikan isu ini,” kata Aminuddin pada Rabu.
ADUN Laksanakan pelupusan anjing liar

Foto: Berita Harian

Sementara itu, ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker yang mewakili blok pembangkang turut memberi sokongan supaya penyelesaian terhadap isu anjing liar dikenal pasti dan bersetuju agar tindakan lebih tegas diambil.

Manakala DUN Chuah, Yew Boon Lye berharap tindakan itu dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mendedahkan bahawa kes anjing liar bukan sahaja berlaku di kawasan Melayu malah turut belaku di kawasan penempataan Cina dan India.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat menjelaskan kaedah pelupusan akan ditumpukan di kawasa penempatan Melayu terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasa lain termasuk tempat riadah dan lokasi awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ADUN Laksanakan pelupusan anjing liar

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah boleh ambil tanggungjawab dan saya maklum akan ada NGO yang akan membuat bantahan.
“Saya harap mereka faham bahawa terdapat kemalangan berlaku disebabkan anjing liar yang melibatkan nyawa dan keselamtan orang awam.
“Jadi saya harap mereka faham bahwa kerajaan negeri bukan mahu melupuskan semua, tetapi hanya sebahagian sahaja anjing liar di kawasan  yang memberikan ancaman kepada penduduk setempat,” tambahnya lagi.

Artikel lain: KKR Peruntuk RM135.8 Juta Kerja Selenggara Jalan, Cerun & Jambatan Di Negeri Sembilan

Sehubungan itu, Yang Dipertua DUN, Datuk M K Ibrahim Abd Rahman memutuskan usul tersebut diterima setelah mendapat persetujuan sebulat suara daripada Ahli Dewan dan cara perincian kaedah akan diserahkan kepada Exco unttuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd