Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Abe Wee Bengang Individu Main Mercun Dekat Kedai Makan – “Bau Asap, Kena Serpihan..”

Personaliti media sosial, Abe Wee meluahkan rasa bengang selepas terkena serpihan mercun ketika sedang menikmati juadah di sebuah kedai makan dipercayai di Port Dickson.

Abe Wee bengang individu main mercun dekat kedai makan

Dalam video tular di TikTok, kelihatan adiknya yang juga pempengaruh media sosial, Mek Yun dan beberapa individu lain sedang menikmati hidangan mereka apabila mercun meletup terlalu dekat.

main mercun

main mercun

Bunyi letupan, asap tebal serta serpihan mercun secara tiba-tiba memenuhi kawasan sekali gus mencemarkan makanan dan minuman yang sedang dinikmati mereka.

“Abe Wee faham, raya Cina setahun sekali. Semua orang nak main mercun, nak suasana meriah tapi tolong tengok tempat.
“Sebelah kedai makan dan orang tengah makan, tiba-tiba penuh asap mercun. Bazir je roti sardin dan teh ais Abe Wee. Bau asap dan kena serpihan mercun,” tulisnya pada Rabu.

main mercun

Dia menegaskan bahawa perkongsian video ini bukan bertujuan untuk menghalang sambutan perayaan atau menegur sesiapa secara peribadi, tetapi lebih kepada mengingatkan warganet tentang nilai toleransi dan kesedaran sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau nak main, main waktu yang sesuai. Pagi sebelum kedai buka, atau kawasan yang lebih terbuka. Ini bukan raya Cina sahaja. Apa-apa perayaan pun sama.
“Dan ini bukan dari orang Cina marah orang Cina. Ini cuma “common sense”. Tolong hormat tempat. Hormat orang sekeliling,” tegas pemilik nama Wee Chuan Chin itu lagi.

Artikel lain: Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – “Pastikan Ada Aset Sendiri”

main mercun

Namun begitu,  Abe Wee menekankan sekali lagi supaya mesej video ini tidak disalah tafsir kerana keseronokan semasa perayaan tidak seharusnya mengganggu orang lain, malah penting untuk menghormati serta memikirkan orang sekeliling.

“Abe Wee kongsi video ni bukan nak marah atau hentikan mercun, tapi nak kongsi pentingnya sikap toleransi dalam diri kita,” ujarnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 25 saat itu meraih lebih setengah juta tontonan selain ratusan komen netizen yang menyokong kenyataan Abe Wee.

Sumber: TikTok @abewee1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Sosial

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, berkongsi perasaan rendah diri dan kesukaran menepati harapan masyarakat terhadap lelaki menerusi hantaran di platform Threads. Ojen...

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Lokal

Aktivis Tamim Dahri dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun kini direman selama dua hari, malah tetap menunjukkan semangat tinggi untuk meneruskan perjuangannya....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd