Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Abdul Hadi Sudah Keluar IJN – “Tuan Guru Dinasihatkan Untuk Berehat”

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan sudah keluar dan dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menjelaskan Ahli Parlimen Marang itu perlu direhatkan daripada melakukan sebarang kerja.

Abdul Hadi sudah keluar IJN

Artikel lain: Anwar Ibrahim Ziarah Hadi Awang, Ziauddin Sardar Di IJN Selepas Solat Jumaat

“Alhamdulillah, ya ayahanda tuan guru sudah dibenarkan keluar dan keadaannya semakin baik. Namun, ayahanda tuan guru dinasihatkan untuk terus berehat dan semua diminta memberikan ruang kepadanya,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, pada 1 Januari lalu Abdul Hadi Awang telah dimasukkan kepada IJN untuk pemeriksaan rutin kesihatan yang ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PAS President Hadi Awang .(28th May 2022)–.RONNIE CHIN/The Star

Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat sepanjang 10 hari menerima rawatan malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menemuinya di hospital pada 5 Januari lalu.

Sumber: Berita Harian (Rohaniza Idris)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd