Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Abang Belon Pernah Ada 13 Rekod Jenayah, Kebanyakan Berkaitan Bahan Terlarang

Abang Belon Pernah Ada 13 Rekod Jenayah

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online.

Difahamkan, peniaga belon terbabit masih menerima rawatan di hospital, manakala dua penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah diambil tindakan dalaman oleh jabatan.

“Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut,”kata sumber berdasarkan semakan rekod lampau.

Abang Belon Pernah Ada 13 Rekod Jenayah

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela.

“Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya.

Artikle lain: Barang Jualan Kena Rampas, Peniaga Tiada Lesen Amuk Di Dataran Merdeka

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan keadaan di Jalan TAR kecoh susulan perselisihan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL.

Berdasarkan dua rakaman video tular berdurasi lebih tiga minit di media sosial sejak awal pagi Sabtu, berlaku aksi tolak menolak antara anggota penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.

Insiden itu turut menerima kecaman pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara yang mahu siasatan terperinci dilakukan segera.

Sumber: Kosmo! Online 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd