Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Abai 93 Pekerja Asing, KDN Dan KSM Ambil Tindakan Tegas Terhadap Majikan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh.

KDN dan KSM masing-masing dalam satu kenyataan bersama berkata, hasil siasatan mendapati pekerja tersebut terbiar tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan mereka.

KDN dan KSM ambil tindakan!

Foto hiasan: Bernama

“Majikan juga dilaporkan gagal menjaga kebajikan pekerja-pekerja ini dari segi tempat tinggal dan makan minum.
“Mengikut rekod, majikan yang telah membawa mereka masuk pada November 2023 merupakan Syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd,” kata kenyataan itu hari ini.

Kedua-dua kementerian berkata, kesemua mangsa yang diselamatkan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya  untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa ke hadapan Majistret bagi mendapatkan Perintah Perlindungan Interim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Steven Sim Tegaskan Majikan Tak Boleh Potong Gaji Pekerja Sesuka Hati

Foto hiasan: Bernama

Tambah kenyataan itu, kedua-dua kementerian mengambil enam tindakan tegas terhadap majikan antaranya mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] kerana kegagalan majikan menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja.

Tindakan lain adalah mengikut Akta Kerja 1955 [Akta 265] kepada majikan kerana kegagalan membayar gaji kepada pekerja, menyenaraihitamkan syarikat yang terbabit daripada menggajikan pekerja asing pada masa hadapan dan membekukan baki kuota yang diperoleh syarikat terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto hiasan: Bernama

“Siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ANTIPSOM) 2007 [Akta 670] terhadap majikan dan…
“…tindakan di bawah Akta Pasport 1966 [Akta 150] kerana majikan dipercayai memegang pasport pekerja,” ujarnya.

Pada masa sama, KDN dan KSM juga memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing agar sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibedah bagi mencabut 12 batang gigi selepas pemeriksaan pakar mendapati keseluruhan struktur giginya rosak teruk akibat karies botol susu, keadaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd