Nama selebriti Indonesia, Lucinta Luna tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, dia sering membuat kontroversi sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Malah, dia telah mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka barat dalam sebuah majlis di hotel terkemuka Bali meskipun mengetahui dirinya adalah seorang lelaki.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhamad Fatah pergi bercuti bersama tunangnya, Arten Boltian di sebuah Pantai.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Arten memuji keberanian Lucinta ketika menuruni bukit yang cerun.
@storylucinta_alan haha #lucintaluna #alanluna #fyp
“Dia sangat berani,” ujarnya dalam video tersebut.
Memang lah berani, dia kan lelaki!
Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pujian yang dilemparkan oleh Arten memandangkan Lucinta merupakan seorang lelaki yang sepatutnya mempunyai sikap tersebut.
Terkejut dengar suara jantan keluar
Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen terkejut apabila mendengar suara ‘jantan’ Lucinta kerana terlalu penat ketika menuruni bukit cerun tersebut untuk menuju ke pantai.
Sekadar info, Lucinta Luna telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan hatinya, Arten Boltian dalam sebuah majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan di Pullman Private Hotel, Bali pada 28 Julai lalu.
Sumber: TikTok @storylucinta_alan