Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Mulai 1 Julai, 99 Speed Mart Buka Jam 9 Pagi Di Semua Cawangan

Speed Mart buka jam 9 pagi

Rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) akan membuka premis seawal jam 9 pagi dan melanjutkan waktu operasi perniagaan di seluruh negara berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Speed Mart buka jam 9 pagi

Speed Mart buka jam 9 pagi

Foto: Malaysian Asian Franchise Association

Memetik laporan Berita Harian, langkah ini merupakan inisiatif 99 Holdings dalam meningkatkan kemudahan pelanggan supaya dapat diselaraskan dengan corak pembelian pengguna setelah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Dalam pada itu, semua resolusi yang dibentangkan oleh 99 Holdings telah diluluskan oleh pemegang saham pada AGM kedua, hari ini.

Sementara itu, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024, bersama-sama dengan Laporan Pengarah dan Juruaudit telah dibentangkan dan diterima oleh pemegang saham.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, memberitahu kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan penting berhubung strategi dan visi jangka panjang syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pemegang saham, terutamanya kerana ini merupakan AGM pertama kami sejak kejayaan penyenaraian pada 2024.
“Kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang kami,” kata Thiam Wah, baru-baru ini.
Speed Mart buka jam 9 pagi

Foto: The Edge Malaysia

Beliau turut menegaskan, tujuan 99 Holdings menyelaras waktu operasi di semua premis seluruh negara merupakan komitmen syarikat untuk memberikan kemudahan dan nilai tambah kepada pelanggan.

“Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sambil mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam bidang pasar mini runcit.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kehadiran di seluruh negara, memperkasakan rangkaian pengedaran, dan memacu penciptaan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Patuhi Undang-Undang, 99 Speed Mart Pertahan Jumlah Gaji Pekerja

Untuk info, Semua pengarah sedia ada yang bertanding bagi pemilihan semula telah dilantik kembali, dan Messrs. Crowe Malaysia PLT mengisi semula jawatan sebagai juruaudit luar syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025 dan semua resolusi lain yang disenaraikan dalam Notis AGM bertarikh 25 April 2025 juga telah diluluskan.

Sumber: Berita Harian (Wartawan BH)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd