Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Tibi: Tak Boleh Dipandang Enteng! 85% Libat Rakyat Tempatan- Dr Dzulkefly

85% Libat Rakyat Tempatan

85% libat rakyat tempatan!

Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus berkaitan warga asing, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau menegaskan, persepsi yang mengaitkan penularan tibi dengan kemasukan warga asing adalah tidak tepat.

“Ini bermakna risiko penularan dalam komuniti kita adalah nyata dan tidak boleh dipandang enteng,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kes Tibi, 85% Libat Rakyat Tempatan

Menurut Dzulkefly, tibi bukan fenomena baharu dalam landskap kesihatan awam, sebaliknya telah lama wujud dan kekal sebagai penyakit endemik yang memerlukan perhatian serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegasnya, penyakit itu bukan sahaja isu klinikal, malah turut dipengaruhi faktor sosioekonomi seperti kesesakan penempatan dan kekurangan zat makanan.

“Kuman Mycobacterium Tuberculosis ini sangat degil, namun berita baiknya, ia boleh dicegah, boleh dirawat, dan boleh sembuh sepenuhnya jika dikesan awal serta pesakit patuh kepada rejimen rawatan antibiotik selama sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Beliau menyeru masyarakat agar cakna terhadap gejala seperti batuk melebihi dua minggu, demam atau berpeluh waktu malam, serta susut berat badan, dan segera mendapatkan pemeriksaan serta rawatan di klinik.

Artikel lain: Virus Nipah: KKM Kekal Siap Siaga, Tiada Kes Dilaporkan Di Malaysia

Dalam pada itu, Dzulkefly turut menasihatkan supaya orang ramai tidak memulaukan pesakit, kerana sokongan emosi daripada keluarga dan komuniti merupakan kunci untuk pesakit melengkapkan rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai langkah pencegahan, beliau menekankan kepentingan imunisasi Bacillus Calmette–Guérin (BCG) untuk kanak-kanak, mengamalkan gaya hidup sihat, dan memastikan pengudaraan rumah yang baik bagi mengurangkan risiko penularan tibi.

Sumber: FB Dr Dzulkefly Ahmad

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd