Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

6 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Bas Ekspres, Treler Dan Perodua Alza

Enam individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, dua buah treler dan sebuah kereta jenis Perodua Alza di Jalan Jemaluang, berhampiran Risda Sungai Ambat, awal pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsuri Shafai, pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.38 pagi.

Foto: Kosmo!

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing bersama tiga jentera dikerah ke lokasi sejauh 31 kilometer dan tiba pada jam 6.04 pagi,” katanya.

Beliau memaklumkan, kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 46 penumpang, dua treler dengan muatan 52 tan serta sebuah Perodua Alza yang dinaiki empat orang.

“Seorang pemandu Perodua Alza didapati tersepit di dalam kenderaan dan anggota pasukan bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Tambahnya lagi, dua pemandu treler turut mengalami kecederaan, manakala kesemua 46 penumpang bas dilaporkan selamat.

Sumber: Kosmo! (Masturah Suradi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd