Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

24,761 Calon UPKK 2025 Raih 9A, GPK Nasional Meningkat Ke 1.83

Sebanyak 24,761 daripada 251,392 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 mencatatkan keputusan cemerlang memperoleh A dalam semua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran itu ialah al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) UPKK 2025 secara keseluruhan ialah 1.83 mata berbanding 1.85 pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah keseluruhan calon yang menduduki semua kertas peperiksaan, peratus calon yang mencapai tahap lulus keseluruhan UPKK 2025 ialah 89.61 peratus,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.

Foto: Bernama

Zulkifli berkata sebanyak 25,230 calon berjaya mendapat 8A manakala 18,990 lagi memperoleh 7A.

Beliau berkata jumlah calon berdaftar bagi 2025 ialah 252,997 orang yang menunjukkan permintaan terhadap UPKK semakin meningkat dengan kenaikan sebanyak 5.17 peratus berbanding 2024, iaitu 240,244 calon.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah calon tidak hadir menunjukkan penurunan kepada 0.63 peratus berbanding 2024 iaitu 1.36 peratus. Ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa dan usaha guru yang berterusan dalam menarik minat murid untuk menduduki UPKK,” ujarnya.

Bermula 2024, format baharu UPKK diperkenalkan berdasarkan Kurikulum KAFA 2.0 dengan keseluruhan mata pelajaran dinilai melibatkan komponen Pentaksiran Pusat merangkumi mata pelajaran al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab dan Ibadah manakala dua komponen Pentaksiran Bilik Darjah ialah PCHI dan Amali Solat.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd