Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aktiviti Berkelah Bertukar Tragedi, Dua Beradik Lemas Di Pulau Mentigi

Kegembiraan sebuah keluarga untuk berkelah di Pantai Pulau Mentigi di Mersing bertukar duka apabila dua beradik ditemui lemas dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.25 petang, Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dipercayai lemas ketika sedang mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain.

Foto: Harian Metro

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 sebelum melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) di lokasi kejadian.

Sebuah bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bot Perkasa 44, digerakkan ke kawasan kejadian sejurus operasi diaktifkan.

“Mangsa pertama, Nur Awatif, berjaya ditemukan oleh komuniti setempat kira-kira jam 4.30 petang,” katanya.

Foto: Berita Harian

Tambah beliau, pencarian seterusnya menemukan mayat adik mangsa, Ahmad Uwais kira-kira dua jam kemudian pada jam 6:30 petang oleh pasukan penyelamat komuniti.

Kedua-dua jenazah kemudian dibawa ke Jeti Pulau Tinggi sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd