Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

163 Calon SPM SMK Jitra Dipindah Demi Keselamatan, Air Naik Ketika Jawab Peperiksaan

163 Calon SPM SMK Jitra Dipindah

Seramai 163 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Jitra terpaksa dipindahkan selepas berlaku banjir kilat secara mengejut di kawasan sekolah itu pagi tadi.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan mengesahkan insiden berlaku sekitar 10.20 pagi, apabila air mula memenuhi kawasan perkarangan dewan peperiksaan dan beberapa blok sekolah ketika peperiksaan sedang berlangsung.

163 Calon SPM SMK Jitra Dipindah Demi Keselamatan

Menurut kenyataan itu, paras air mula naik ketika calon menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, dan pegawai Sektor Pengurusan Peperiksaan (SPP) JPN Kedah segera bergegas ke lokasi bagi menilai keadaan.

Susulan situasi berisiko, sebanyak 17 calon yang menduduki PSV Kertas 1 dipindahkan ke SMK Tanjung Pauh bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2, semua 163 calon SMK Jitra, termasuk calon persendirian, dipindahkan ke SMK Bandar Baru Darulaman, pusat peperiksaan alternatif yang telah disediakan lebih awal.

Pemindahan itu dilakukan dengan bantuan trak polis, kenderaan guru dan sokongan waris tanpa sebarang insiden keselamatan.

Artikel lain: “Semoga Tempuh Cabaran Dengan Selamat” – Manchester United Titip Nasihat Buat Mangsa Banjir Di Malaysia

Pihak sekolah bersama SPP PPD turut melakukan pemantauan paras air secara berterusan, manakala JPN Kedah memastikan semua aspek logistik, keselamatan dan pelaksanaan peperiksaan berjalan mengikut prosedur ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPN Kedah merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, pasukan keselamatan dan semua yang terlibat dalam memastikan peperiksaan SPM dapat diteruskan tanpa gangguan.

“Keselamatan calon dan kelancaran peperiksaan adalah keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Sumber: FB JPN Kedah – Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd