Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

10,000 Pelajar Miskin Tegar Bakal Nikmati Biasiswa PTPTN Di Bawah RPTM 2026-2035

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 yang memberi tumpuan kepada pendidikan tinggi inklusif dan saksama.

Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan penghargaan atas pengumuman kerajaan itu dan menegaskan bahawa langkah ini mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada golongan pelajar daripada keluarga miskin tegar.

Foto arkib: Bernama

Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja menyediakan akses pendidikan, tetapi juga berpotensi memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan sebagai pemangkin pembangunan modal insan negara.

“Peningkatan hampir dua kali ganda bilangan penerima manfaat ini diyakini mampu memberi peluang pendidikan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Langkah ini sekali gus memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan sebagai pemangkin utama mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto arkib: Bernama

Kenyataan tersebut turut berkata, dalam pengumuman awal Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta setahun bagi menyediakan biasiswa atau pendidikan percuma kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Namun, melalui pengumuman terkini di bawah RPTM 2026-2035, bilangan penerima telah meningkat kepada 10,000 pelajar yang tersenarai dalam data e-Kasih.

“Pengumuman ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat…
“Khususnya golongan miskin tegar yang berdepan dengan kekangan kewangan dan cabaran sosioekonomi,” ujar kenyataan itu lagi.

PTPTN menegaskan sokongan penuh terhadap dasar dan inisiatif ini serta komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan manfaat dapat disampaikan secara berkesan dan menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi berkenaan optimis bahawa usaha ini akan terus memperkasakan ekosistem pendidikan negara demi masa depan Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd