Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tertekan Pedal Minyak, Mini Cooper ‘Terbang’ Langgar Lima Kenderaan Lain

Suasana di Taman Pelangi pagi tadi gempar apabila sebuah kereta Mini Cooper terbabas dan melanggar lima kenderaan lain selepas pemandunya, seorang ejen insurans berusia 49 tahun, tersilap menekan pedal minyak.

Pemandu Mini Cooper negatif pengaruh alkohol

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.14 pagi ketika wanita berkenaan sedang memandu dari arah Jalan Pingai menuju ke persimpangan Jalan Kuning.

mini cooper

“Ketika tiba di persimpangan, wanita itu dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan keretanya terbabas dan melanggar lima kenderaan yang diparkir di hadapan deretan kedai,” katanya.

Artikel lain: Tular Video Kenari Pandu Melulu, Pemandu Ditahan Positif Bahan Terlarang

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan ujian mendapati pemandu tersebut negatif daripada pengaruh alkohol. Kes disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 10(1) LN 166/59.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman berdurasi satu minit yang memaparkan Mini Cooper berkenaan berada di atas sebuah lagi kereta selepas kemalangan, selain beberapa kenderaan lain yang rosak teruk.

Saksi kejadian, peniaga pisang goreng R. William, 60, berkata dia terkejut melihat kereta itu dipandu laju sebelum terbang dan menghentam beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut.

“Saya nampak kereta tu datang laju dari arah Jalan Pingai, tiba-tiba melayang dan langgar kenderaan lain. Bunyi dentuman pun kuat. Mujur masa tu banyak kedai belum buka, kalau tidak mungkin ada yang cedera,” ujarnya.

Seorang lagi saksi, pekerja swasta Samantha Ooi, 32, berkata dia tergamam melihat kejadian itu berlaku di depan matanya namun bersyukur tiada nyawa terkorban.

mini cooper

Tinjauan di lokasi mendapati serpihan kaca dan bahagian kenderaan berselerakan di jalan, manakala kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang terlibat selesai sekitar jam 10.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani, Facebook @Johor Bahru

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd