Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Michelle Yeoh Dilapor Bakal Bintangi Avatar 4 Dan Avatar 5

Selepas lama menjadi teka-teki, penglibatan Tan Sri Michelle Yeoh dalam sekuel filem Avatar akhirnya disahkan.

Michelle Yeoh dilapor bakal bintangi sekuel Avatar

Menurut laporan World of Reel, pelakon kelahiran Malaysia itu akan muncul dalam Avatar 4 dan Avatar 5 membawakan watak baharu Na’vi bernama Palakpuelat melalui teknologi performance capture.

Pengarah James Cameron berkata, walaupun industri filem kini mengalami tempoh suram, Michelle telah merakam beberapa babak untuk Avatar 4 sewaktu penggambaran awal antara 2017 hingga 2020.

Michelle Yeoh

Foto: Janaan AI

Penggambaran berasingan itu dilakukan serentak dengan filem Avatar: The Way of Water dan Avatar: Fire and Ash bagi menyesuaikan usia pelakon muda dalam sekuel tersebut.

“Michelle Yeoh pasti akan muncul dalam Avatar 4 dan 5. Wataknya sebagai seorang Na’vi bernama Palakpuelat dan kami gembira dapat bekerjasama dengan beliau,” kata Cameron.

Artikel lain: Perang Melawan Negara Api, Avatar: The Last Airbender Akan Kembali Untuk Musim Kedua Dan Ketiga

Advertisement. Scroll to continue reading.
Michelle Yeoh

Foto: GeekTyrant

Tambah Cameron, cabaran utama untuk meneruskan produksi Avatar 4 ialah kos yang tinggi dengan bajet $400 juta bagi Fire and Ash dan box office global hampir $1.3 bilion, dia kini mencari cara untuk menurunkan kos produksi bagi memastikan filem keempat mendapat lampu hijau daripada Disney.

Filem Fire and Ash masih lagi mendominasi carta box office dan dijangka mengumpul sekitar $1.6 bilion di seluruh dunia.

Ini menunjukkan sekuel Avatar masih menjadi pelaburan menguntungkan walaupun dengan kos produksi yang besar.

Sumber: World of Reel

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd