Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MCMC Pantau Jualan Vape Di Media Sosial, Tindakan Penguatkuasaan Bakal Diperketat

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperhebat pemantauan terhadap jualan produk rokok elektronik termasuk vape yang dijalankan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa satu laporan berkaitan isu ini sedang disiapkan oleh MCMC untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi perbincangan lanjut dan tindakan susulan.

Foto: Utusan Malaysia

“Saya mengarahkan MCMC untuk meneliti jualan produk-produk seperti itu secara dalam talian.
“Kita dapati banyak daripada jualan itu juga berlaku dalam platform seperti Facebook, ada juga yang dijual melalui WhatsApp dan sudah pasti sebarang tindakan penguatkuasaan juga akan melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan pindaan undang-undang berkaitan rokok elektronik, Datuk Fahmi menjelaskan bahawa perkara tersebut kini di bawah penelitian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Hal ini (isu vape) ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan Menteri
Kesihatan akan meneliti,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes penyalahgunaan vape yang mengandungi bahan terlarang, termasuk dadah sintetik.

Beliau mendedahkan bahawa terdapat pelajar seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan vape bercampur dadah, satu perkembangan yang amat membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan mengharamkan penjualan vape, dan tindakan ini dilihat membawa kesan positif.

Foto: Carian Google

Ayob Khan turut menggesa negeri-negeri lain untuk mempertimbangkan pendekatan sama sementara menunggu penggubalan undang-undang di peringkat Persekutuan.

Sumber: Utusan Malaysia (Siti Maisarah Binti Sheikh Abdul Rahim)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Sosial

Syarikat bimbingan emosi wanita, eHati International Sdn Bhd menafikan semua dakwaan yang mengaitkan program anjurannya dengan penyebaran ajaran menyimpang, amalan bercanggah dengan Islam serta...

Sosial

Seorang pemain golf meluahkan rasa kecewa apabila tidak dibenarkan bermain di sebuah kelab golf di Bukit Rotan, Selangor hanya kerana tampil lebih sopan mengenakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd