Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, keputusan itu dipersetujui kerajaan negeri bagi memberi laluan kepada rakyat membuat persiapan menyambut lebaran selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri.
MB Kelantan Umum 19 Mac Cuti
Menurut beliau, cuti tambahan tersebut melibatkan 29 Ramadan 1447 Hijrah yang bersamaan dengan 19 Mac.
“Ia bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Artikel lain: Henti Buat Spekulasi! Jabatan Kesihatan Kelantan Siasat Punca Doktor Pelatih Wanita Ditemui Tak Bernyawa
Dalam pada itu, beliau berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.
Sumber: FB Mohd Nassuruddin Haji Daud










































