Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Datuk Tak Sangka Cucu Kesayangan Maut Dirempuh Anak Sendiri

maut dirempuh bapa saudara sendiri

Kehilangan cucu kesayangan yang dijaga sejak kecil sudah pasti memberi kesan yang sangat mendalam menyebabkan seorang datuk tidak menyangka bahawa cucunya telah maut akibat kemalangan jalan raya.

Tak sangka cucu maut dirempuh anak sendiri

maut dirempuh anak sendiri

Foto: Kosmo

Mangsa Noor Amilia Salwa Mohd Suhairi merupakan pelajar Tingkatan Tiga dari Sekolah Menengah Padang Kala yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh bapa saudara sendiri.

Menurut laporan Sinar Harian, Ismail Hassan, 69, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang Sabtu dimana pada mulanya dia hanya diberitahu anaknya Muhamad Faris, 33, mengalami kemalangan di Kampung Kayu Rendang, Melor.

“Saya ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan anak selepas dimaklumkan dia terlibat dalam kemalangan tetapi apabila tiba di sana, rupanya bukan sahaja anak tetapi cucu yang dibesarkan sejak usia lima tahun turut sama terlibat dalam kemalangan itu.
“Saya dimaklumkan ketika kejadian anak dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Melor selepas selesai bekerja sebagai tukang rumah di Pasir Pekan, Tumpat.
“Setiba di lokasi kejadian saya difahamkan sebuah motosikal dipercayai tiba-tiba membelok ke kanan untuk masuk simpang ke kedai mi celup,” kata Ismail pada Selasa.
maut dirempuh anak sendiri

Foto: Kisah Dunia

Ismail memberitahu tindakan penunggang motosikal tersebut dipercayai menyebabkan Muhammad Faris merempuh motosikal yang dinaiki Noor Amilia akibat tidak sempat membrek kenderaannya.

Lebih sedih lagi, Muhammad Faris pada awalnya tidak mengetahui mangsa yang dilanggar merupakan anak saudaranya sehinggalah bantuan kecemasan tiba di lokasi kejadian.

“Sehingga sekarang dia yang mengalami cedera ringan masih trauma dengan kejadian tersebut dan bersedih dengan kehilangan anak saudaranya,” ujarnya.
maut dirempuh anak sendiri

Foto: WeirdKaya

Menurutnya, Noor Amilia dikejarkan ke Hospital Pakar USM (HPUSM) untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan parah di kepala, paru-paru dan patah lengan kanan.

“Selepas pemergiannya, saya baru teringat Noor Amilia ada memberitahu arwah ayahnya ada memanggil dia dan saya ingatkan itu hanya gurauan.
“Sebelum keluar dari rumah pada petang kejadian, dia ada beritahu teringat kenangan bersama arwah ayah yang meninggal dunia sembilan tahun lalu akibat terjatuh di tempat kerja. Lelaki itu sering membawa pulang mi celup ke rumah untuknya,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kanak-Kanak Kini Yatim Piatu, Kehilangan Bapa, Datuk Dan Nenek Terbabit Kemalangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cucunya disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi Isnin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mukim Haji Hussin Melor Lama.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd