Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia-Jepun Perkukuh Kerjasama Strategik, Bincang Potensi Dalam Sektor Pembinaan

Kerajaan Malaysia dan Jepun terus perkukuh kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau amat berbesar hati atas kesudian Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, TYT Kokuba Konosuke untuk menerima kunjungan beliau dan delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Tokyo.

Ujar beliau, pertemuan itu merupakan kesinambungan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun yang telah dimenterai sejak 65 tahun lalu.

Malaysia Jepun perkukuh kerjasama

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama

Menerusi pertemuan itu, mereka berdua turut berkongsi maklumat berhubung kait pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya dan cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal antara dua buah negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini selaras dengan tema Dasar Pembinaan Negara 2030 iaitu Pendigitalan Sektor Pembinaan Negara.
“Dalam hal ini, saya yakin Malaysia dapat memanfaatkan kepakaran teknologi Jepun dalam sektor pembinaan dan infrastruktur,”katanya.

Selain itu, perbincangan tersebut turut tertumpu kepada potensi kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua pihak dalam sektor pembinaan.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dalam aspek teknikal di peringkat pegawai kedua-dua pihak.

Beliau juga amat teruja dan menghargai persetujuan maklum balas daripada pihak Jepun yang bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan dan jemputan program antarabangsa anjuran agensi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang akan diadakan pada tahun ini.

Malaysia Jepun perkukuh kerjasama

Artikel lain: KKR, MOT Dan KPKT Jalin Kerjasama Demi Atasi Isu Jalan Rosak

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua program yang akan dilaksanakan adalah Highway Concession Conference pada 24 hingga 25 September 2024 dan International Construction Week pada November 2024.
“Saya berharap pertemuan empat mata ini akan memberi hasil positif dengan dimuktamadkan menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dihasratkan untuk dimenterai pada suku kedua 2024 dan seterusnya pada program KKR sempena Ekspo Dunia Osaka 2025,”katanya lagi.

Malaysia Jepun perkukuh kerjasama

Beliau juga berharap persefahaman itu dapat membuka peluang kepada pemain industri sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Hal ini demikian kerana Malaysia dan Jepun adalah ahli dalam CPTPP ini.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd