Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Pasang Stoking Tertera Kalimah Allah Ditemui Di Kilang Pengimport

Polis telah menemui lima pasang stoking yang tertera kalimah Allah dalam sebuah kilang beroperasi di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat hari ini.

Menurut satu laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 16 bungkusan stoking yang diimport dari China.

“Hasil siasatan mendapati kelima-lima pasang stoking terbabit dipulangkan semula oleh premis KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor,” katanya.

Foto: MyMetro

Ismail berkata, stoking tersebut ditempah dari sebuah syarikat di China dan kilang berkenaan hanya terbabit dalam pembungkusan semula serta pengedaran untuk pasaran tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam 16 ‘bundle’ (stoking) yang terdiri 18,800 pasang itu, polis tidak menemui stoking baru yang tertera kalimah itu, setakat ini,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu pihak polis membuka tiga kertas siasatan berhubung isu tersebut, antaranya Seksyen 298 A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan ini selari dengan siasatan dijalankan Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman,” tambahnya lagi.

Ismail juga berkata bahawa pemeriksaan itu dijalankan susulan maklumat diterima menyatakan kilang tersebut terbabit dalam pengedaran stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial.

Foto: Facebook

Pada masa sama, beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pemeriksaan ke atas semua stoking yang diimport dari China dijangka akan selesai pada hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ismail juga memohon mana-mana individu atau NGO agar bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menyalahi undang-undang.

“Saya memohon semua pihak termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan individu supaya tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang seperti perhimpuan, ‘flash mob’ atau demonstrasi berkaitan dengan isu ini.
“Kami mohon semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan, malah kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua pihak dapat memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan dan menegaskan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar dan menyalahi undang-undang.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd