Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Digantung Serta-Merta – MAVCOM

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd telah digantung dan berkuat kuasa serta-merta.

Memetik laporan Bernama, wakil MAVCOM, Pengerusi Eksekutif Datuk Saripuddin Kasim berkata, penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja akibat penggantungan operasinya baru-baru ini.

Foto: Harapan Madani

Hal itu tertera dalam seksyen 43 (1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] yang mana ia juga akan mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik COVID-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, MAVCOM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Oktober mengarahkan syarikat penerbangan itu untuk mengemukakan penjelasan bertulis dalam masa 14 hari.

Katanya, surat tunjuk sebab itu juga menekankan kegagalan MYAirline untuk mematuhi syarat-syarat ASL dan penggantungan operasinga secara mengejut pada 12 Oktober lalu.

Artikel berkaitan: Lesen Penerbangan MyAirline Digantung Sementara Waktu – Loke

Pada 27 Oktober lalu, pihak MYAirline telah mengemukakan penjelasan bertulis namun ia tidak memuaskan lalu MAVCOM memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MAVCOM mempertimbangkan pembatalan ASL MYAirline, namun ia akan memberi kesan kepada usaha untuk memulakan pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” katanya.

Lesen ASL MYAirline digantung serta-merta

Foto: The Malaysian Reserve

Suruhanjaya itu berkata, MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpangnya yang terjejas mengikut.

Ianya termaktub dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun ASL syarikat penerbangan itu telah digantung.

Ia menyatakan sejumlah lebih daripada 117,000 penumpang terjejas disebabkan penggantungan operasi MYAirline dengan nilai jualan hadapan keseluruhan berjumlah lebih RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Oktober hingga 31 Mac 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MAVCOM berkata sebahagian besar jualan hadapan adalah daripada agensi pelancongan iaitu sebanyak 58 peratus (RM12.8 juta), diikuti 41.8 peratus (RM9.2 juta) daripada pembayaran yang dibuat melalui kad kredit atau debit.

“MAVCOM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencari penyelesaian untuk penumpang-penumpang yang terjejas dalam mendapatkan wang mereka kembali,” ujarnya.

Pasukan Petugas MAVCOM telah diberikan mandat untuk melihat isu bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberikan cadangan mengenai langkah seterusnya termasuklah penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd