Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya Rakyat Kelantan! Lesen Dulang Emas Dibuka Januari 2026, Bayaran RM100 Setahun

Lesen Dulang Emas Dibuka Januari 2026

Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan bahawa lesen mendulang emas di tanah kerajaan hanya dibenarkan kepada rakyat negeri itu dengan bayaran RM100 setahun, bermula Januari 2026.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata permohonan lesen boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sebaik sahaja pendaftaran dibuka.

“Kawasan mendulang emas yang dikenal pasti adalah di empat daerah iaitu Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.
“Hasil emas yang diperoleh nanti perlu dijual kepada pembeli emas yang berlesen dengan kerajaan negeri kerana pembeli emas berkenaan juga perlu membayar royalti.
“Mereka yang mahu menjadi pembeli emas juga perlu memohon lesen dan ia terbuka untuk sesiapa sahaja rakyat Kelantan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Lesen Dulang Emas Dibuka Januari 2026

Tegas beliau, mana-mana individu yang mendulang di luar kawasan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Pendekatan kerajaan negeri ini membolehkan rakyat Kelantan mencari rezeki dengan mendulang emas. Ada dalam kalangan mereka akan menjadikan ia sebagai kerja sampingan dan mungkin juga sebagai pekerjaan tetap sekiranya hasil lumayan.
“Di pihak kerajaan negeri mungkin hasil tidak lumayan, namun kita lebih berharap pendulang yang memperoleh hasil lumayan.

“Masa untuk mendulang juga ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan aktiviti ini tidak dibenarkan pada musim tengkujuh.
“Kita berharap penduduk Kelantan yang berminat dengan aktiviti itu dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Kita jangkakan ramai rakyat Kelantan berminat dan memohon lesen mulai bulan depan,” katanya.

Artikel lain: Kelantan Pertimbang Lesen Mendulang Emas Untuk Pelancong Luar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka yang mahu mendulang di tanah persendirian juga perlu memohon lesen.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohamed Fadzli berkata cadangan untuk mengeluarkan lesen kepada pelancong akan diteliti terlebih dahulu, namun sekiranya dibenarkan kelak, aktiviti itu hanya boleh dilakukan menggunakan kaedah tradisional tanpa sebarang alat atau mesin.

“Mereka hanya dibenarkan mendulang di kawasan yang digazetkan sebagai tanah kerajaan dan kita akan maklumkan kepada mereka syarat dan lokasi yang ditetapkan,”ujar beliau.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd