Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Didenda Buat Hantaran Tidak Senonoh Terhadap Anak Dr Amalina

“Saya merayu, ini kesalahan pertama. Dengan nama Allah saya berjanji tidak akan ulangi perkara tidak berfaedah ini lagi.

Demikian, kata seorang pemungut kelapa sawit merayu dengan penuh emosi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dijatuhi hukuman denda RM3,000 atas kesalahan membuat komen lucah terhadap bayi perempuan kepada pakar bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri, tiga tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Ahmad Nasir Kadiri, 58, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Foto: Harian Metro

Hakim turut memerintahkan Ahmad Nasir menjalani hukuman penjara enam bulan sekirana gagal membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhkan hukuman, beliau menasihatkan tertuduh agar lebih berhati-hati etika memberi komen di media sosial.

“Apabila telefon berada di tangan, kita boleh buat pelbagai komen, kita boleh tohmah atau fitnah sesiapa sahaja. Contohnya seperti kesalahan kamu hari ini, semuanya dipantau oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Nasir menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bro Nasir’ untuk memuat naik satu komen berunsur lucah dengan niat menyakitkan hati pihak lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komen itu dikesan pada 3 Januari 2023 jam 11.52 pagi di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, serta denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fadhli Ab Wahab, memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang memberi pengajaran kepada masyarakat.

Foto: Kosmo!

“Tertuduh seharusnya diberi pengajaran dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk menyatakan perkara lucah.
“Jika dilihat daripada fakta kes yang dikemukakan, komen itu dibuat terhadap seorang bayi yang tidak boleh berkata-kata tetapi ibu bayi itu (Dr Amalina) membuat aduan kepada SKMM,” ujarnya.

Fadhli juga memohon mahkamah mempertimbangkan kadar denda semasa yang lazim dikenakan antara RM7,000 hingga RM9,000 bagi kes seumpama ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon simpati mahkamah dengan alasan tidak berkemampuan serta menanggung seorang anak yang masih menuntut di universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd