Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Dan Wanita Ditemukan Maut Ditikam, Polis Siasat Punca Kejadian

Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut ditikam di bahagian badan dalam kejadian di Taman Nona, di sini, malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu sekitar jam 9.40 malam dan mengesyaki kejadian berlaku lebih awal daripada waktu berkenaan.

ditikam

Foto: Harian Metro

Menurutnya, siasatan awal mendapati manga lelaki berusia 30 tahun, manakala wanita berkenaan berusia 28 tahun.

Artikel lain: Perselisihan Faham Berakhir Tragedi, Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah

“Wanita itu ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira yang diparkir di hadapan sebuah rumah, manakala mayat lelaki berkenaan dijumpai di atas jalan di kawasan taman perumahan sama dengan beberapa kesan tikaman pada badan.
“Polis percaya kecederaan itu berpunca daripada objek tajam, namun punca sebenar mereka ditikam masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat hubungan antara kedua-dua mangsa selain tujuan mereka berada di kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan lelaki terbabit berasal dari Yan, manakala wanita berkenaan berasal dari Sungai Petani.

ditikam

Foto: Kosmo!

“Kes disiasat mengitkut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan,” ujarnya.

Kedua-dua mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd