Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 10 Kali Selam Sungai Berlumpur, Bomba Terkilan Ditipu Laporan Palsu 2 Beradik

Anggota Bomba dan Penyelamat, meluahkan rasa kecewa apabila mereka perlu melakukan selaman sebanyak 10 kali di sungai berlumpur susulan laporan palsu yang dibuat oleh dua beradik pempengaruh motosikal tempoh hari.

Terpaksa selam 10 kali sungai berlumpur

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari meluahkan rasa tersebut selepas mengetahui bahawa usaha mereka dalam bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat besar-besaran rupanya hanya satu tindakan sia-sia memandangkan ditipu oleh laporan palsu individu terbabit.

“Kami cukup kecewa dan rasa terhina dengan laporan palsu yang dibuat,” luahnya.

Operasi dilakukan di sungai berlumpur, kebun getah, ladang sawit

Mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Zon 4, Norshuhada menjelaskan, operasi mencari itu dijalankan pada 14 Julai lalu di Sungai Tui, Bukit Kepong, melibatkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terpaksa menyelam lebih 10 kali dalam sungai berlumpur dan hampir gelap.

“Kami menyusur sungai, kebun getah dan ladang kelapa sawit,” katanya dalam prosiding pertuduhan terhadap Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, di Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Bomba kecewa diperalatkan

Jelasnya lagi, pasukan bomba bukan sahaja berdepan risiko keselamatan ketika operasi, malah tindakan dua beradik itu turut mengganggu operasi sebenar lain, termasuk kes seorang mangsa yang jatuh dari jambatan Sungai Gersik pada 17 Julai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebih mengecewakan, laporan palsu itu ganggu operasi kami yang sepatutnya ditumpukan kepada kes sebenar.
“Kami amat kecewa kerana diperalatkan.
“Ia menjejaskan moral dan kredibiliti pasukan serta kepercayaan masyarakat terhadap JBPM,” tambah Norshuhada yang juga komander operasi.

Kerugian dari segi aset, kos logistik

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan mengalami kerugian dari segi aset dan kos logistik seperti penggunaan bot, jentera, peralatan menyelam, dron serta bahan api.

Artikel lain: Pempengaruh Ija Dan Adik Dihukum Penjara, Denda RM1,500

Susulan daripada itu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 terhadap dua beradik tersebut selepas mereka mengaku bersalah membuat laporan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Norshuhada berharap tindakan ini menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sesuka hati mempermainkan agensi penyelamat yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd