Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langkah Bijak Urus Defisit Fiskal Mampu Kukuhkan Ekonomi

Langkah kerajaan untuk menangani defisit fiskal tidak harus bersifat drastik semata-mata, sebaliknya perlu bersandar pada strategi yang seimbang antara penjimatan dan pertumbuhan ekonomi.

Langkah bijak urus defisit fiskal mampu kukuhkan ekonomi

Demikian menurut pandangan Profesor Madya Fakulti Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi, International College of Advanced Technology Sarawak (i-CATS) University College, Kuching, Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob.

Menurut beliau, pendekatan konsolidasi fiskal yang dilaksanakan kini adalah bertepatan, dengan penekanan pada pengukuhan hasil negara serta kawalan ke atas perbelanjaan yang tidak produktif.

defisit fiskal

Foto: Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob

“Konsolidasi fiskal dilaksanakan melalui peningkatan hasil dan penjimatan perbelanjaan tidak produktif, sambil memastikan bantuan rakyat dan pertumbuhan ekonomi terus dipelihara,” katanya kepada Borak Daily.

Mengulas tentang peningkatan hasil kerajaan khususnya daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan cukai pendapatan individu, Dr Abu Sofian menyifatkan ia sebagai kombinasi dua faktor utama iaitu penambahbaikan sistem pentadbiran cukai dan pematuhan yang lebih baik oleh rakyat.

“Peningkatan kutipan SST dan cukai pendapatan individu berkemungkinan besar disebabkan kombinasi kedua-duanya iaitu penambahbaikan dalam pentadbiran dan pematuhan cukai, serta petanda kewangan rakyat yang bertambah baik dalam konteks ekonomi yang sedang pulih,” ujarnya.
defisit fiskal

Foto: Intra Day

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa analisis lebih mendalam masih diperlukan memandangkan kekurangan data menyeluruh seperti taburan pendapatan atau kadar pematuhan cukai.

Artikel lain: Dividen KWSP Cerminan Ekonomi, Dipacu Prestasi Pasaran Global Dan Domestik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, Dr Abu Sofian turut menekankan pentingnya kerajaan terus mengutamakan kekuatan ekonomi domestik bagi mengekalkan momentum pertumbuhan negara.

defisit fiskal

Foto: Utusan

“Kerajaan boleh memastikan pertumbuhan kukuh dengan mengutamakan kekuatan dalaman ekonomi (permintaan domestik), memulihkan sektor utama, menyalurkan bantuan bersasar, dan menjaga kestabilan fiskal,” jelasnya sambil menambah bahawa langkah ini mampu mengurangkan kesan ketidaktentuan luar terhadap ekonomi negara.

Pada masa sama, beliau juga menyokong idea laporan ekonomi suku tahunan sebagai langkah meningkatkan keyakinan pasaran dan rakyat terhadap pengurusan fiskal negara.

“Ya, pendekatan menerbitkan laporan ekonomi suku tahunan mampu meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur, jika disertai dengan ketelusan, tindakan susulan, dan komunikasi yang berkesan,” ujarnya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd