Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan kes kematian tragis Zara Qairina pada Julai lalu.
“Kita pun tak sedar kita sedang membuli menteri,” tulisnya di Facebook.
Kita Pun Tak Sedar Sedang Buli Menteri..
Menurut Naim, ketika siasatan polis sedang dijalankan, kenyataan terburu-buru daripada seorang menteri boleh menjejaskan proses tersebut, menimbulkan salah faham dan mempengaruhi persepsi awam terhadap bukti yang belum disahkan.
“Dalam kes Zara, siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.
“Sekali lagi, siasatan sedang dijalankan oleh polis. Dalam keadaan ini, kenyataan terburu-buru, tambah-tambah daripada seorang menteri dan boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.
Beliau menegaskan, tugas seorang menteri adalah menggubal dasar serta memastikan sistem pendidikan berjalan, bukannya memberi komen setiap kali tragedi berlaku.
Artikel lain: Cemburu Dipercayai Punca, KPM Siasat Kes Buli Pelajar Perempuan Dalam Tandas
Naim berkata, Fadhlina sebenarnya tidak berdiam diri sepenuhnya, sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 18 dan 25 Julai lalu, termasuk menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan melindungi mana-mana pihak yang bersalah.
“Tapi, dalam isu ini, saya berpandangan bahawa Fadhlina berada di landasan yang betul.
“Risiko memberi kenyataan terburu-buru jauh lebih besar daripada risiko dilihat berdiam diri,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar kemarahan terhadap kes buli tidak menjadikan mereka sendiri pembuli kepada seorang menteri.
Sumber: FB Naim AlKalantani
