Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Khianat Bakar Dua Buah Kereta, Motosikal Pelaku Turut Hangus

Seorang lelaki nyaris menerima padah apabila motosikal yang ditungganginya turut terbakar selepas dipercayai membakar dua buah kereta di sebuah rumah di Taman Bukit Katil Permai, Melaka pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 1.38 tengah hari itu tular di media sosial selepas rakaman CCTV menunjukkan kelibat suspek bertindak khianat sebelum melarikan diri.

Dua buah kereta dibakar individu tak dikenali

Pengguna media sosial dikenali sebagai Syazana Azman itu menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di kediaman kenalannya  dimana kereta yang dibakar adalah sumber mata pencarian bapa kepada rakan tersebut.

CCTV rakan kejadian dua buah kereta dibakar

Dalam pada itu, memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit menyatakan pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah, Mohamad Idris Mokhtar yang juga seorang anggota polis pada jam 2.29 petang hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan awal mendapati dua kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Axia musnah terbakar, manakala sebuah motosikal jenis SYM ditemui hangus di tengah jalan berhampiran lokasi kejadian.
“Motosikal yang terbakar dipercayai milik suspek dan ditinggalkan di lokasi. Tiada saksi bebas ditemui ketika kejadian berlaku, namun beberapa rakaman CCTV dari rumah mangsa sedang diteliti,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

dua buah kereta

Artikel lain: 19 Ekor Kambing, 4 Buah Kenderaan Rentung Kandang Terbakar

Beliau berkata, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber: TikTok syazanaazman, Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Sosial

Usahawan dan personaliti YouTube terkenal, Uncle Roger berkongsi pendapat peribadi dengan menggambarkan perasaan teruja untuk mencuba makanan di sebuah restoran baharu, tetapi berakhir dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd