Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua Pengarah JPJ Terima Surat Tulisan Tangan Daripada Penerima MyLesen B2

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli menerima satu penghargaan istimewa berupa sepucuk surat tulisan tangan daripada seorang pelajar Tingkatan Lima, Nurul Amani Zabani yang menyatakan rasa terima kasih atas bantuan lesen memandu menerusi Program MyLesen B2 Tahun 2025.

Surat tersebut yang dialamatkan kepada “Uncle Aedy” menyentuh hati ramai apabila ia dimuat naik JPJ Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook rasmi mereka dengan kapsyen bertajuk ‘Uncle JPJ Terima Surat Penghargaan Tulisan Tangan Daripada Penerima MyLESEN’.

JPJ

Foto: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Menurut kenyataan itu, Nurul Amani, pelajar dari Pulau Pinang, menyifatkan bantuan lesen memandu percuma itu sangat membantu rakyat terutama dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

“Nurul Amani sangat menghargai kebaikan dan keprihatinan semua, terutamanya dalam menjayakan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLESEN (B2) yang diadakan pada hari Jumaat lepas.”
“Kami mendoakan agar Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Kerajaan Malaysia Madani sentiasa berdiri teguh dan memperbanyakkan lagi inisiatif untuk membantu rakyat atau meneruskan lagi program lesen memandu percuma MyLESEN (B2) ini supaya dapat mengurangkan kes kesalahan memandu tanpa lesen pada masa akan datang,” tulisnya.
 JPJ

Foto: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Difahamkan, Nurul Amani dan Ibunya, Asma Aziz merupakan antara 93 penerima bantuan lesen memandu menerusi Program MyLESEN B2 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Dato’ Aedy Fadly sendiri pada 20 Jun lalu.

Artikel lain: Bukan Sewenang-Wenang Aniaya Orang Dengan Keluarkan Kompaun – JPJ

Menariknya, sebelum terpilih sebagai penerima, Nurul Amani pernah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan rasmi beliau ke Pulau Pinang, menyuarakan hasratnya untuk menyertai program tersebut disebabkan kekangan kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
JPJ

Foto: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Program MyLesen B2 merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat memiliki lesen motosikal secara percuma, khususnya kepada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta golongan belia di seluruh negara.

JPJ dalam kenyataan mereka turut menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif berorientasikan rakyat bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

Sumber: Facebook @Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd