Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Polis Sabah Rakam Keterangan 60 Saksi

Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Kes Zara Qairina

Menurut laporan Bernama, beliau berkata pihaknya juga dibantu oleh pakar kaunseling bagi membolehkan pelajar yang trauma dapat memberikan keterangan dengan jelas mengenai kejadian berkenaan.

Zara Qairina

Foto: Media sosial

“Siasatan itu telah kita bawa ke Bukit Aman untuk pemerhatian dan juga penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. Kita serahkan kepada pihak Bukit Aman untuk memberikan pandangan lanjut berkaitan dengan siasatan kes ini sebagai pihak yang lebih tinggi.
“Kita tidak menolak kemungkinan dakwaan buli ini, tetapi siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
Zara Qairina

Foto: Media sosial

Sambutan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Untuk rekod, Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 11 tengah hari, 17 Julai lalu, sehari selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, 16 Julai.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Tuduhan Ahli Parlimen Tak Berasas! Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Isteri Terlibat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jauteh berkata, siasatan polis pada masa ini menjurus kepada dua elemen utama, iaitu punca kematian dan keadaan persekitaran mangsa memandangkan orang ramai mahukan siasatan yang telus dan menyeluruh sekali gus memerlukan sedikit waktu untuk menyelesaikan secara teratur dan profesional.

Pada 18 Julai lepas, IPK Sabah telah menghantar satu pasukan khas untuk melakukan siasatan di sekolah.

“Saksi antaranya pelajar sekolah itu, kalau kita buat siasatan secara tidak profesional atau tidak teratur sudah tentulah ini akan menambah lagi trauma mereka terhadap keadaan yang ada sekarang,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan...

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd