Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Bekas Pengetua Sekolah Nafi Terlibat – “Saya Telah Bersara”

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang sedang tular di media sosial.

Bekas pengetua sekolah nafi terlibat

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, Rosnih berkata, beliau hanya berkhidmat sebagai pengetua sekolah berkenaan dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara daripada dunia pendidikan.

“Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung fitnah dan kekeliruan yang sedang tular di media sosial melibatkan nama saya dalam insiden menyayat hati membabitkan Allahyarhamah adik Zara Qairina.
“Saya telah bersara dan tidak lagi terlibat dalam pentadbiran sekolah berkenaan,” katanya hari ini.

Bekas pengetua sekolah

Rosnih turut menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi yang berlaku dan menegaskan bahawa dirinya tidak ada kaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan insiden berkenaan.

“Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai ibu dan juga sebagai seorang pendidik,” ujarnya.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: PDRM Minta Orang Ramai Bertenang, Henti Buat Spekulasi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas pengetua sekolah

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dan berdoa agar roh pelajar berusia 13 tahun itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah yang paling tulus kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina. Semoga roh anakanda ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” tambahnya.

Sebagai penutup, Rosnin menyatakan sokongan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh.

“Saya percaya kebenaran akan terserlah apabila siasatan selesai,” katanya.

Bekas pengetua sekolah

Kenyataan tersebut disertai dengan tanda pagar #justiceforzara susulan pelajar Tingkatan Satu itu ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi, 17 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd