Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Peguam Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan -“Itu Permintaan Khas Kami”

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail rayu saksi yang masih belum tampil supaya berbuat demikian bagi membantu siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Peguam Kes Zara Qairina rayu saksi tampil

Menerusi laporan daripada Berita Harian, peguam mewakili keluarga allahyarham menyatakan setakat ini ada bebeapa saksi, namun secara peribadi perlu ditapis.

“Mohon saksi yang masih ada, tolong keluar, itulah permintaan khas kami. Setakat ini ada yang masih mahu berjumpa dengan kami. Saya, secara peribadi, sudah dapat maklumat, tapi itu saya kena tapis. Setakat ini, ada beberapa (saksi),” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak, hari ini.

Kes Zara Qairina

Peguam wakili kes Zara Qairina tunggu tarikh pendengaran

Hamid berkata demikian ketika ditanya berhubung permintaan pihak peguam keluarga arwah untuk membantu melancarkan siasatan kes berkenaan.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan pasukannya kini menunggu tarikh pendengaran permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang akan bermula pada 3 September depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menunggu tarikh pendengaran, mungkin dalam minggu ini,” katanya.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Peguambela Salah Seorang Remaja Didakwa

Menurut Hamid lagi, beliau akan menghubungi ibu arwah, Noraidah Lamat, untuk memaklumkan perkembangan berkaitan prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd